Ibadah Di Zaman Pandemik

Kenapa ?

” ๐—ฆ๐—ฒ๐—ท๐—ฎ๐˜‚๐—ต ๐— ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ ๐—จ๐˜€๐—ฎ๐—ต๐—ฎ ๐—ž๐—ถ๐˜๐—ฎ ๐—จ๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐— ๐—ฒ๐—ป๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐˜ ๐—œ๐—น๐—บ๐˜‚ ๐—”๐—ด๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐——๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—ฆ๐˜‚๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ป๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ฒ๐—บ๐—ถ๐—ธ “
.
Kenapa?
.
Jika dulu kita dapat mengimarahkan rumah Allah dan menimba ilmu agama setiap hari, namun dengan suasana pandemik sekarang satu ujian yang perlu kita hadapi dan menerima hakikat bahawa kita harus hidup.
.
Penutupan masjid, surau tak bererti amal ibadah & menimba ilmu agama terhenti. Sebaliknya kita sebagai umat islam harus bersabar dan banyakkan berdoa agar bala covid-19 ni segera diangkat dan dihilangkan oleh Allah Taala. Sebaliknya kita berusaha untuk sesuaikan amalan norma baru tidak kira di mana anda melakukan ibadat.
.
Jangan biarkan diri kita lalai dan hati menjadi hitam tanpa pengisian-pengisian rohani untuk diri jiwa kita. Tunaikan hak
ruh rohani kita. Empat masalah akan timbul jika kita lalai dan terlalu mengejar dunia :
ย 
– Cinta dunia akan mewujudkan sifat bangga & angkuh
– Cinta dunia akan mencenderungkan manusia berhasad dengki
– Cinta dunia akan menimbulkan kegusaran yang berpanjangan
– Cinta dunia akan membuatkan manusia sentiasa berangan-angan tanpa kesudahan.
.
Oleh itu jangan terlalu menyayangi dunia tanpa petunjuk kerana ia akan menjadikan kita tamak yang tidak berkesudahan.
JOM Bersedeqah Melalui YPIA

Yayasan Pendidikan Islam Aman ingin mengajak umat Islam untuk menyuburkan amalan sedekah sebagai sebahagian daripada kehidupan. Segala amal kebajikan yang dilakukan pasti akan dibalas oleh Allah SWT sebagaimana firmanNYA yang menyebut:

โ€œDan (ingatlah) apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya di sisi Allah sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya.โ€ (Surah Al-Muzzammil: 20)โ€

Pada masa ini pelbagai program telah dan sedang dilaksanakan melalui dana sumbangan yang diterima daripada sedeqah, antaranya ialah :

– Tajaan biasiswa untuk pelajar anak-anak yatim yang kurang berkemampuan untuk meneruskan pembelajaran.
– Tajaan biasiswa bagi pelajar-pelajar sekolah kami untuk meneruskan pembelajaran.
– Tajaan biasiswa melalui bayaran zakat.
– Membantu Yayasan Pendidikan Islam Aman dalam pengoperasian untuk kerja-kerja usaha pendidikan islam di kalangan pelajar.

Umat Islam yang ingin bersedekah boleh membuat sumbangan secara atas talian melalui :

En Hafiz – 0108005091

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top