Puasa 6 Syawal Adalah Ujian Bagi Orang Yang Berpuasa Ramadhan

Kenapa ?

Puasa 6 Syawal adalah bulan yang menjadi kayu ukur samaada puasa yang kita lakukan sebelum ini memberi kesan pada diri atau tidak. Dalam bulan Syawal, Allah Taala menyediakan satu ujian lagi buat kita samaada kita berjaya mengatasi ujian tersebut. Sekiranya kita berjaya, kita akan memperoleh pahala seolah-olah berpuasa selama setahun

Riwayat Muslim ada menyebut:

“ Sesiapa yang berpuasa Ramadan, kemudian meneruskan dengan 6 hari di bulan Syawal sepertinya dia berpuasa selama setahun” Hadis Riwayat Muslim.

Oleh itu, nak puasa 6 Syawal mestilah mempunyai jiwa yang kental. Kayu ukur kualiti puasa Ramadan kita bergantung kepada kekentalan iman dan taqwa kita untuk berpuasa 6 Syawal. Hendak seribu daya, Tak hendak seribu dalih.

Ingin bersedekah dan membuat amalan jariah. In Shaa Allah ini akan menjadi INFAQ yang berterusan dan menjadi ladang pahala untuk dibawa ke akhirat nanti.

JOM bersama membantu kami dengan merealisasikan masa depan anak-anak kita untuk pendidikan Islam.

JOM Bersedeqah Melalui YPIA

Yayasan Pendidikan Islam Aman ingin mengajak umat Islam untuk menyuburkan amalan sedekah sebagai sebahagian daripada kehidupan. Segala amal kebajikan yang dilakukan pasti akan dibalas oleh Allah SWT sebagaimana firmanNYA yang menyebut:

“Dan (ingatlah) apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya di sisi Allah sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya.” (Surah Al-Muzzammil: 20)”

Pada masa ini pelbagai program telah dan sedang dilaksanakan melalui dana sumbangan yang diterima daripada sedeqah, antaranya ialah :

– Tajaan biasiswa untuk pelajar anak-anak yatim yang kurang berkemampuan untuk meneruskan pembelajaran.
– Tajaan biasiswa bagi pelajar-pelajar sekolah kami untuk meneruskan pembelajaran.
– Tajaan biasiswa melalui bayaran zakat.
– Membantu Yayasan Pendidikan Islam Aman dalam pengoperasian untuk kerja-kerja usaha pendidikan islam di kalangan pelajar.

Umat Islam yang ingin bersedekah boleh membuat sumbangan secara atas talian melalui :

En Hafiz – 0108005091

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top