Fadhilat Bulan Dzulhijjah
Imam Bukhari meriwayatkan sebuah hadis daripada Ibnu Abbas R.A, daripada Nabi SAW, baginda bersabda:
“Tiada hari-hari yang amalan soleh yang paling disukai oleh Allah untuk dilakukan melainkan hari-hari ini-baginda memasukkan: 10 hari terawal Zulhijjah-.”Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya?”Baginda bersabda,”Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya, melainkan seorang lelaki yang keluar berjihad bersama hartanya, kemudian dia langsung tidak kembali.”
Riwayat al-Bukhari (969), Abu Daud (2438), Ibn Majah (1727), al-Tirmizi (757)
Antara amalan-amalan yang boleh diamalkan pada bulan Dzulhijjah ialah :
1. Berpuasa
Puasa Arafah sebelum Hari Raya Aidil Adha merupakan antara ibadah yang boleh dilakukan pada 9 Zulhijjah. Selain daripada puasa Arafah, anda juga mengamalkan puasa sunat pada hari isnin dan khamis.
2. Berzikir
Basahkan lidah kita untuk banyakkan menyebut dan berzikir kepada Allah. Biasakan zikir selepas solat sepanjang 10 hari Zulhijjah ini.
3. Haji & Umrah
Ini bagi yang berkemampuan untuk melaksanakan ibadah haji dan umrah di Tanah Suci Makkah.
4. Ibadah Korban
Jika berkemampuan digalakkan untuk melaksanakannya sebagai mengingati peristiwa Nabi Ibrahim yang ingin melaksanakan perintah Allah dengan menyembelih anaknya Nabi Ismail.
5. Bertaubat
Sepanjang 10 hari berkat Zulhijjah, mohonlah keampunan dari Allah Taala dan perbanyakkan doa dan berserah diri kepada NYA.
6. Tingkatkan amalan sunat
Perbanyakkan amalan sunat terutamanya solat malam dan membaca Al-Qur’an. Setiap amalan yang dilakukan pasti akan ada ganjarannya. Berusaha dan konsisten melakukan ibadat kepadanya.
JOM bersama membantu kami dengan merealisasikan masa depan anak-anak kita untuk pendidikan Islam. Keistimewaan bulan Dzulhijjah disebut di dalam sebuah hadis.