Merdekakah Kita?
Alhamdulillah, kita telah 64 tahun menyambut hari kemerdekaan.
Merdeka bukan hanya dibebaskan dari penjajahan fizikal negara oleh negara penjajah. Malah merdeka lebih daripada itu.
Mengambil ucapan seorang sahabat nabi SAW: Rubai’e bin Amir R.A ketika berhadapan dengan Raja Rustum katanya:-
اللهُ ابْتَعَثَنَا لِنُخْرِجَ مَنْ شَاءَ مِنْ عِبَادَةِ العِبَادِ إِلَى عِبَادَةِ رَبِّ العِبَادِ،وَمِنْ ضِيْقِ الدُّنْيَا إِلَى سِعَةِ الدُّنْيَا وَالأَخِرَةِ،وَمِنْ جَوْرِ الأَدْيَان إلَى عَدْلِ الإِسْلَام.
Allah telah membangkitkan kami untuk mengeluarkan sesiapa sahaja,:-
1. Daripada perhambaan terhadap makhluk kepada perhambaan terhadap tuhan makhluk (Allah SWT),
2. Daripada kesempitan hidup di dunia kepada keluasan hidup di dunia dan akhirat,
3. Daripada kesesatan atau kezaliman agama-agama yang lain kepada keadilan agama Islam.
Inilah kemerdekaan yang sebenar dan hakiki yang dikehendaki oleh Islam.
Mari kita mengislahkan kemerdekaan diri kita, keluarga, masyarakat dan negara kepada yang lebih baik.
Semoga lahir jiwa hamba yang hanya memperhambakan diri kepada Allah yang Esa.
Semoga lahir jiwa hamba yang bukan hanya mengejar dunia semata-mata. Malah berusaha menjadikan dunia sebagai jambatan kepada kehidupan akhirat yang kekal abadi.
Semoga lahir jiwa hamba yang sentiasa berusaha memperjuangkan keadilan Islam setiap masa.
Semoga lahir kehidupan insan yang diredhai Allah.
JOM bersama membantu kami dengan merealisasikan masa depan anak-anak kita untuk pendidikan Islam.