8 Jenis Rezeki Yang Dijamin & Disebut Dalam Al-Qur’an
1. Rezeki yang telah dijamin
Dalam surah Hud ayat ke 6 , Allah Ta’ala telah berfirman :
” Tidak ada satu makhluk melata pun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin Allah rezekinya”
2. Rezeki Kerana Usaha
Dalam surah An-Najm ayat 39, Allah Ta’ala telah berfirman :
“Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya”
3. Rezeki Kerana Bersyukur
Dalam surah Ibrahim ayat 7, Allah Ta’ala telah berfirman :
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu”
4. Rezeki Tidak Terduga
Dalam surah At-Thalaq ayat 2-3, Allah Ta’ala telah berfirman :
“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya”
5. Rezeki Kerana Istighfar
Dalam surah Nuh ayat 10 -11, Allah Ta’ala telah berfirman :
” Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyakkan harta”
6. Rezeki Kerana Bernikah
Dalam Surah An-Nur ayat 32, Allah Ta’ala telah berfirman :
” Dan nikahilah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak dari hamba sahayamu baik laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka Allah akan memberikan kecukupan kepada mereka dengan kurniaNYA”
7. Rezeki Kerana Anak
Dalam surah Al-Israa’ ayat 31, Allah Ta’ala telah berfirman :
“Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga rezeki bagi mu”
8. Rezeki Kerana Sedekah
Dalam surah Al-Baqarah ayat 245, Allah Ta’ala telah berfirman :
“Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka Allah akan melipatgandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak.”
Mudahan-mudahan bertambah rezeki untuk kita semua. Aamin.
JOM bersama membantu kami dengan merealisasikan masa depan anak-anak kita untuk pendidikan Islam.
Anda Rasa Pengisian Kami Bermanfaat, boleh LIKE pages kami di :
kredit : Kapsul Tazkirah