Temukan Motivasi Intrinsik
Berbahagialah dengan kelebihan dan kekurangan diri kita. Temukan dan gabungkan hikmahnya bersatu. Jadikan kelemahan kita di satu sisi sebagai kekuatan pada sisi yang lain. (عجزي كنزي) AJZI KANZI- kelemahanku adalah kekuatanku.
Sa’id bin Musayyib ada menasihatkan. “Tidaklah ada orang yang mulia, orang berilmu, dan orang yang hebat, tetapi dirinya pasti memiliki kekurangan atau aib. Akan tetapi, di antara mereka itu tidak layak disebut-sebut keburukannya. Kerana barangsiapa yang kebaikannya lebih besar daripada keburukannya, maka keburukannya itu akan terhapus oleh kebaikannya.”
Nasihat ini mengajar kita secara adil untuk bersikap terbuka dalam bertindak. Tidak memperbesarkan kesalahan kecil pelaku kebaikan kerana kita dididik untuk melihat sisi positifnya. Ia ibarat cermin yang harus dibersihkan apabila kotor, bukan dipecahkan atau diretakkan.
Oleh itu, belajarlah untuk saling menerima, melengkapi dan membetulkan diri satu sama lain. Jangan terburu-buru berputus asa kerana kita belum tahu bagaimana pengakhiran/ending hidup setiap daripada kita. Teruskan memperbaiki diri dan jangan berhenti.
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
(Al-Baqarah: 216)
JOM bersama membantu kami dengan merealisasikan masa depan anak-anak kita untuk pendidikan Islam.