[ ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐ฏ๐ฎ๐ป๐๐ฎ๐ธ๐ธ๐ฎ๐ป ๐ ๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฎ๐ฐ๐ฎ ๐๐น-๐ค๐๐ฟ๐ฎ’๐ฎ๐ป ๐๐ถ ๐ฆ๐ฎ๐ฎ๐ ๐๐ฒ๐๐ถ๐ฟ ๐๐ป๐ถ]
ย
Di saat “total lockdown” bermula esok, pastinya aktiviti bersama keluarga di rumah masing-masing menjadi keutamaan.
.
Amat rugilah dan malang lagi-lagi jika kita adalah ketua keluarga tidak memanfaatkan masa bersama keluarga dengan sebaik-baiknya. Sepatutnya di waktu inilah kita menjalankan dan merancakkan lagi aktiviti rohani bersama anak isteri di rumah.
.
InsyaAllah dengan setiap rahmat yang hidup di di dalam setiap rumah pasti akan menjadi asbab Allah Taala akan menghilangkan bala Covid-19 ini dengan segera.
.
Antara kelebihan-kelebihan membaca Al-Qur’an
ย
๐ญ. ๐๐น-๐ค๐๐ฟ’๐ฎ๐ป ๐ฆ๐ฒ๐ฏ๐ฎ๐ด๐ฎ๐ถ ๐ฃ๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฒ๐น๐ฎ
ย
Daripada Nawwas Bin Samโan r.a. telah melaporkan: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: โDi hari akhirat kelak akan didatangkan Al-Quran dan orang yang membaca dan mengamalkan isi kandungannya, didahului dengan Surah Al-Baqarah dan Surah Ali-Imran, kedua-dua surah ini menghujah (mempertahankan) orang yang membaca dan mengamalkannyaโ. (Hadith Nawwas bin Samโan ini direkodkan oleh Imam Muslim dalam Sahih Muslim, Kitab Solat Al-Musafirin Wal Qasruha, Bab Fadhlu Qiraat Al-Quran Wa Surah Al-Baqarah, No hadith 253)
ย
๐ฎ. ๐ข๐ฟ๐ฎ๐ป๐ด ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐ฏ๐ฒ๐น๐ฎ๐ท๐ฎ๐ฟ ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐บ๐ฒ๐ป๐ด๐ฎ๐ท๐ฎ๐ฟ ๐๐น-๐ค๐๐ฟ๐ฎ๐ป ๐ฎ๐ฑ๐ฎ๐น๐ฎ๐ต ๐๐ฒ๐ฏ๐ฎ๐ถ๐ธ-๐ฏ๐ฎ๐ถ๐ธ ๐ฎ๐บ๐ฎ๐น๐ฎ๐ป.
ย
Daripada Uthman Bin โAffan r.a. telah berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: โSebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarnya kepada orang lainโ. (Hadith Uthman bin Affan ini direkodkan oleh Imam Bukhari dalam Sahih Bukhari, Kitab Fadhail Al-Quran, Bab Khairukum Min Taโalum Al-Quran Wa Aโlamahu, No hadith 5028)
ย
๐ฏ. ๐๐น๐น๐ฎ๐ต ๐.๐.๐. ๐บ๐ฒ๐ป๐ด๐ฎ๐ป๐ด๐ธ๐ฎ๐ ๐บ๐ฎ๐ฟ๐๐ฎ๐ฏ๐ฎ๐ ๐ด๐ผ๐น๐ผ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐ฝ๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฎ๐ฐ๐ฎ ๐๐น-๐ค๐๐ฟ๐ฎ๐ป.
ย
Daripada Umar Bin Al-Khattab r.a. Bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: โSesungguhnya Allah mengangkat martabat beberapa golongan dan merendahkan martabat yang lain dengan sebab Al-Quranโ. (Hadith Umar bin Al-Khattab ini direkodkan oleh Imam Muslim dalam Sahih Muslim)
ย
๐ฐ. ๐ ๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฎ๐ฐ๐ฎ ๐๐น-๐ค๐๐ฟ๐ฎ๐ป ๐บ๐ฒ๐ป๐ฑ๐ฎ๐ฝ๐ฎ๐ ๐ธ๐ฒ๐๐ฒ๐ป๐ฎ๐ป๐ด๐ฎ๐ป.
ย
Daripada Barraโ bin โAzib r.a. telah melaporkan: โSeorang lelaki membaca Surah Al-Kahfi dan di sisinya seekor kuda yang diikat dengan dua tali, maka awan di langit mula melindunginya dan semakin hampir, dan kudanya mula menjauhinya. Apabila menjelang pagi beliau pergi berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. dan menceritakan peristiwa tersebut maka baginda bersabda: Itulah (sakinah) ketenangan yang turun disebabkan bacaan Al-Quranโ. (Hadith Barraโ r.a. bin โAzib r.a. ini direkodkan oleh Imam Bukhari dalam Sahih Bukhari, Kitab Fadhail Al-Quran, Bab Fadhlu Surah Al-Kahfi, No hadith 5011).
ย
๐ฑ. ๐ฆ๐ฒ๐๐ถ๐ฎ๐ฝ ๐๐ฎ๐๐ ๐ต๐๐ฟ๐๐ณ ๐บ๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฎ๐ฐ๐ฎ ๐๐น-๐ค๐๐ฟ๐ฎ๐ป ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป ๐บ๐ฒ๐ป๐ฑ๐ฎ๐ฝ๐ฎ๐ ๐๐ฒ๐ฝ๐๐น๐๐ต ๐ด๐ฎ๐ป๐ท๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ป ๐ฝ๐ฎ๐ต๐ฎ๐น๐ฎ.
ย
Daripada Ibnu Masโud r.a. ia berkata: โBarangsiapa yang membaca satu huruf daripada Al-Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud: Alif, Lam, Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.โ (Hadith Ibnu Masโud ini direkodkan oleh Ad-Darimi Tirmizi dalam Sunan Tirmizi, Kitab Abwab Fadhail Al-Quran, No hadith 2910, status hadith ini hasan sahih)
ย
Anda Rasa Pengisian Kami Bermanfaat, boleh LIKE pages kami di :
ย