Sedeqah Tidak Akan Membuatmu Jatuh Miskin

Betul Ke ?

Apa Makna Sedeqah ?

Sedeqah adalah pemberian oleh seseorang kepada orang lain yang memerlukan dengan tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. sama ada pemberian itu ditujukan kepada fakir miskin, sanak-saudara mahupun fisabillah.

Dalil Al-Qur’an ada menyebut:

“ Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas) akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya) dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia”

Surah Al-Hadid: 18

Itulah janji Allah, tidak boleh disangkal sama sekali. Jelas lagi bersuluh bahawa bagi orang beriman yang memahami makna sedeqah itu pasti akan meyakini akan janji Allah. Sedeqah bukan sahaja mensucikan harta akan tetapi ia juga menenangkan hati.

Amalan sedeqah tidak hanya milik mutlak bagi orang yang berharta sebaliknya orang Islam yang tidak mempunyai harta juga boleh bersedeqah mengikut kemampuannya.

Itulah kehebatan sedeqah. Ia bukan hanya tertakluk kepada pemberian wang ringgit semata-mata sebaliknya menolong orang, mengajarkan ilmu juga adalah sedeqah.

Amalan sedeqah mnegikut secara logiknya mengurangkan sebahagian harta seseorang apabila telah diberikan kepada orang lain namun ia tidaklah dipandang sebegitu di dalam pandangan mata dari sudut islam.

Kebaikkan sedeqah yang kita tidak sedari adalah seseorang itu akan dimurahkan rezeki, diberi kemudahan melakukan aktiviti seharian, menghapuskan sifat mazmumah seperti sombong dan takbur malah menjadikan hidup seseorang itu sentiasa berada di dalam ketenangan. Itulah hikmah sedeqah.

Ada 1 Kisah kelebihan yang pernah disebut Rasulullah SAW apabila Abu Hurairah RA meriwayatkan Baginda bersabda: “Pada suatu hari ketika seorang lelaki berada di tanah lapang yang sunyi, dia terdengar satu suara dari awan: Siramlah air (hujan) kepada kebun si fulan itu!”

Awan itu bergerak lalu mencurahkan airnya pada sebidang tanah berbatu hitam. Saluran air pada tanah itu kemudiannya menampung semua curahan air hujan (dan mengalirkannya ke suatu arah). Lelaki itu pun mengikuti air itu dan menemui seorang petani berdiri di kebunnya, sedang mengubah aliran air dengan cangkul.

Lelaki itu bertanya: “Wahai hamba Allah, siapa namamu?” Petani itu menjawab: Nama saya fulan, iaitu nama yang baru didengarnya dari angkasa. Si petani bertanya kepadanya: Wahai hamba Allah, mengapa kamu tanyakan namaku?”

Kata lelaki itu: “Sebenarnya sekejap tadi saya dengar satu suara dari awan yang baru menurunkan air ini. Suara itu berkata,‘siramilah air pada kebun si fulan,’ menyebut nama kamu. Apa yang kamu buat dengan kebun ini?”

Petani itu berkata: “Baiklah, kalau kamu katakan begitu. Sebenarnya, aku selalu perhatikan apa yang keluar dari kebun ini, lalu aku sedekahkan 1/3 daripadanya, 1/3 berikutnya aku makan bersama keluargaku dan 1/3 lagi aku kembalikan (untuk modal cucuk tanam).” (HR Muslim)

JOM Bersedeqah Melalui YPIA

Yayasan Pendidikan Islam Aman ingin mengajak umat Islam untuk menyuburkan amalan sedekah sebagai sebahagian daripada kehidupan. Segala amal kebajikan yang dilakukan pasti akan dibalas oleh Allah SWT sebagaimana firmanNYA yang menyebut:

“Dan (ingatlah) apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya di sisi Allah sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya.” (Surah Al-Muzzammil: 20)”

Pada masa ini pelbagai program telah dan sedang dilaksanakan melalui dana sumbangan yang diterima daripada sedeqah, antaranya ialah :

– Tajaan biasiswa untuk pelajar anak-anak yatim yang kurang berkemampuan untuk meneruskan pembelajaran.
– Tajaan biasiswa bagi pelajar-pelajar sekolah kami untuk meneruskan pembelajaran.
– Tajaan biasiswa melalui bayaran zakat.
– Membantu Yayasan Pendidikan Islam Aman dalam pengoperasian untuk kerja-kerja usaha pendidikan islam di kalangan pelajar.

Umat Islam yang ingin bersedekah boleh membuat sumbangan secara atas talian melalui :

En Hafiz – 0108005091

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top