Bersama Orang Yang Dicintai Di Akhirat
عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَجُلًا سَأَلَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ السَّاعَةِ فَقَالَ مَتَى السَّاعَةُ قَالَ وَمَاذَا أَعْدَدْتَ لَهَا قَالَ لَا شَيْءَ إِلَّا أَنِّي أُحِبُّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ أَنْتَ مَعَ مَنْ أَحْبَبْتَ قَالَ أَنَسٌ فَمَا فَرِحْنَا بِشَيْءٍ فَرَحَنَا بِقَوْلِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْتَ مَعَ مَنْ أَحْبَبْتَ قَالَ أَنَسٌ فَأَنَا أُحِبُّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَبَا بَكْرٍ وَعُمَرَ وَأَرْجُو أَنْ أَكُونَ مَعَهُمْ بِحُبِّي إِيَّاهُمْ وَإِنْ لَمْ أَعْمَلْ بِمِثْلِ أَعْمَالِهِمْ
Daripada Anas RA, dia mengatakan bahawa ada seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW tentang hari kiamat. Orang itu mengatakan, ‘Bilakah hari kiamat itu?’ Rasulullah SAW bertanya kembali, ’Apa yang telah engkau persiapkan untuk hari tersebut?’ Orang itu menjawab, ‘Tidak ada, melainkan sesungguhnya saya mencintai Allah dan Rasul-Nya. Rasulullah SAW bersabda, ‘Engkau akan bersama dengan orang yang engkau cintai.’ Anas RA mengatakan, “Kami tidak pernah merasakan kebahagiaan sebagaimana kebahagiaan kami ketika mendengar sabda Rasulullah SAW ‘Engkau akan bersama dengan orang yang engkau cintai.’ Anas RA mengatakan, ‘Saya mencintai Nabi SAW , Abu Bakr dan Umar. Saya berharap dapat bersama mereka dengan sebab kecintaanku kepada mereka meskipun saya tidak mampu melakukan amalan yang mereka lakukan. (Bukhari No: 3412) Status Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Menjadi tanggungjawab kepada orang yang tidak mengetahui untuk bertanya kepada orang yang alim sesuatu yang ia tidak jelas dan faham.
2. Bagi orang alim yang berkemampuan dan mengetahui jawapannya, hendaklah memberikan jawapan dengan penuh hikmah dengan mengambil kira tahap dan situasi orang yang bertanya. Jawapan yang mudah difahami dan jelas untuk diamalkan.
3. Setiap kita perlu sentiasa mempersiapkan diri dengan bekalan amal soleh kerana kematian boleh berlaku bila-bila masa.
4. Setiap kita wajib mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada segalanya.
5. Orang yang beriman akan bersama dengan orang yang dicintai di akhirat nanti. Cintailah orang yang soleh semasa di dunia ini semoga kita dapat bersama dengan mereka ke syurga
JOM bersama membantu kami dengan merealisasikan masa depan anak-anak kita untuk pendidikan Islam.