Tunaikan hak orang lain melalui

ZAKAT PENDAPATAN

Takut nanti tanpa sedar kita "terambil hak orang lain"

Yayasan Pendidikan Islam Aman adalah amil sah lantikan Majlis Agama Islam Kelantan. Kami uruskan A-Z segala prosedur dan memudahkan anda.

Kerjasama

Pernah Hidup Rasa Kosong Atau Hadapi Masalah Kat Bawah

Rasa Serabut

Duit Tak Pernah Cukup

Masalah Keluarga

Masalah Di Tempat Kerja

Anak Tak Dengar Kata

Hidup Berliku

Apakah Jalan Penyelesaian

Setiap masalah yang berlaku di dalam hidup kita pasti ada hikmah di sebaliknya. Bagi orang beriman mereka akan mula melakukan perkara di bawah

Namun...

ramai orang yang mengambil mudah dengan sumber pendapatan yang dia perolehi. Sepatutnya sumber pendapatan ini lah yang patut diutamakan kerana ia menjadi darah daging dalam tubuh kita, lagi-lagi jika kita adalah ketua keluarga yang memberi anak isteri kita makan.

Tapi Bagaimana Caranya...

Allah taala telah mensyariatkan dan memberi penyelesaian melalui rukun Islam yang kita selalu ingat iaitu

Rukun Islam Ke -3 Iaitu Zakat!

Kelebihan Orang Berzakat

Banyak dinyatakan janji - janji Allah kepada orang yang berzakat

Dibersihkan Dari Dosa

“Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk), dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka, dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui.”
Surah At-Taubah (ayat 103)

Allah Akan Melipat Gandakan Rezeki

“Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Mahaluas, Maha Mengetahui”
(Surah Al-Baqarah, ayat: 261)

Ketenteraman Jiwa

Sesungguhnya doa kamu itu menjadi ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah maha mendengar lagi maha mengetahui.
Surah At-Taubah (ayat 103)

Siapa Kami

Assalamualaikum Tuan & Cikpuan yang dirahmati Allah

Yayasan Pendidikan Islam Aman (YPIA) telah diperbadankan pada 27 September 2003 dengan visi untuk menjadi yayasan terulung yang memperjuangkan perkembangan pendidikan berkualiti sejajar dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

YPIA terus mengorak langkah ke hadapan dengan pengiktirafan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bahawa, bermula 15 Jun 2006, wang tunai yang didermakan kepada YPIA layak mendapat pengecualian cukai pendapatan.

Dengan pengiktirafan ini, YPIA sangat aktif melaksanakan pelbagai inisiatif seperti penganugerahan dermasiswa, bantuan pengajian IPT, sumbangan pembangunan infrastruktur, sumbangan kebajikan dan pelbagai lagi inisiatif yang membantu melonjakkan pendidikan berkualiti tinggi di Malaysia.

Pada 3 Mac 2019, YPIA sekali lagi menerima pengiktirafan apabila Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah melantik YPIA sebagai amil zakat harta bagi pihak MAIK

Kami berada di negeri Kelantan dengan 5 orang  kekuatan kakitangan tetap yang amat komited dan berdedikasi. Ibu pejabat Yayasan Pendidikan Islam Aman terletak di Telipot, Kota Bharu, Kelantan.

pengurus

Pengurus Besar,

Yayasan Pendidikan Islam Aman

Berita Baik Untuk Anda !

Yayasan Pendidikan Islam Aman Boleh Menguruskan Zakat Anda Sepantas 48 Jam Sahaja

langkah pertama

Hubungi atau whatsapp wakil amil zakat kami iaitu En Amiru.

langkah kedua

Pegawai kami akan tetapkan tarikh untuk sesi penerangan lanjut.

langkah ketiga

Pegawai kami akan kirakan zakat pendapatan yang perlu dizakatkan

langkah keempat

Anda hanya perlu membuat pembayaran mengikut jumlah yang telah ditetapkan

langkah kelima

Anda akan diberi borang pendaftaran oleh Majlis Agama untuk butiran lengkap

langkah keenam

Dalam masa 2 hari, pegawai kami akan proses dan resit akan dihantar kepada anda

Soalan Lazim

Zakat pendapatan ialah zakat yang dikenakan keatas semua jenis sumber pendapatan,hasil upah yang diperolehi daripada perkhidmatan, pekerjaan, aktiviti yang menghasilkan pendapatan bagi seseorang muslim.

Menurut Prof. Dr. Yusuf al-Qaradawi dan Dr. Hussein Shahatah, zakat gaji dan pendapatan diistilahkan sebagai zakat Mal al-Mustafad iaitu zakat yang bersumberkan gaji dan pendapatan profesional. Ianya merupakan ganjaran perkhidmatannya dengan sesuatu majikan atau orang perseorangan atau institusi.

Setiap hasil atau ganjaran daripada pekerjaan atau perkhidmatan secara usaha sendiri atau daripada pihak lain. Contoh item-item yang tergolong daripada pendapatan ialah gaji, elaun, bonus, emolumen, upah, bayaran profesional, dan semua jenis penerimaan yang tidak berasaskan modal, tetapi berasaskan kerja ataupun khidmat yang diberikan.

Zakat Pendapatan adalah salah satu daripada zakat harta.

Kami adalah  yayasan yang dilantik amil zakat oleh Majlis Agama Islam Kelantan. No Amil Zakat kami adalah : 1094

Ya boleh, kami boleh uruskan secara on the go iaitu dari A-Z. Pegawai kami sedia membantu.

Ya, pembayar zakat pendapatan akan mendapat rebat cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). (Rujuk Akta cukai pendapatan individu tahun semasa)

Contoh :
Potongan Cukai Berjadual (PCB) sebulan = RM 200
Zakat sebulan = RM150

Bermaksud, nilai rebat yang dibenarkan ialah sebanyak RM150 daripada nilai cukai bulanan. Baki RM50 lagi perlulah dibayar kepada LHDN.

Ke manakah Zakat Anda Disalurkan?

Infrastruktur & Pelajar Tahfiz

Pembangunan Infra Sekolah Islam

Kebajikan

WHATSAPP KAMI SEKARANG

FREE CONSULTATION
  • Kami urus A - Z segala prosedur
  • Kami bantu anda mengira zakat anda
  • 24 Jam konsultansi oleh pegawai kami

EFISYEN , MUDAH , SELAMAT

Kami adalah wakil amil zakat yang sah di bawah lantikan Majlis Agama Islam Kelantan. No siri kami adalah 1094.

Copyright by ypiaman.org@2021

Scroll to Top