logo

" Jagalah Diri Kalian Dari Api Neraka Meskipun
Hanya Bersedekah Dengan Sepotong Kurma"

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Yayasan Pendidikan Islam Aman memerlukan sumbangan dana dari anda untuk tabung umum bagi tujuan berikut :

Tajaan Biasiswa Untuk Pelajar Anak Yatim Yang Kurang Berkemampuan

Sumbangan Kebajikan Kepada Golongan Fakir Miskin dan Golongan Asnaf

Membantu YPIA Dalam Pengoperasian Untuk Kerja - Kerja Usaha Pendidikan Islam

Aktiviti Kami

Assalamualaikum Tuan dan Cikpuan yang dirahmati Allah

Yayasan Pendidikan Islam Aman (YPIA) adalah merupakan sebuah yayasan yang diamanahkan untuk :

  • Membantu masyarakat secara amnya dari sudut pendidikan dan kebajikan untuk golongan yang memerlukan.
  • Membantu anak-anak yang kurang berkemampuan mendapat pendidikan yang sempurna dan berkualiti.
  •  Membantu pengumpulan dana untuk usaha-usaha pendidikan Islam khususnya dari sudut penyediaan fasiliti yang baik.
Pihak kami amat memerlukan sumbangan dari Tuan dan Cikpuan untuk sama-sama membantu usaha kami ni.

Siapa Kami

Yayasan Pendidikan Islam Aman (YPIA) telah diperbadankan pada 27 September 2003 sebagai sebuah syarikat berhad di bawah Akta Syarikat 1965. Dengan visi untuk menjadi yayasan terulung yang memperjuangkan perkembangan pendidikan berkualiti sejajar dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

YPIA terus mengorak langkah ke hadapan dengan pengiktirafan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bahawa bermula 15 Jun 2016, wang tunai yang didermakan kepada YPIA layak mendapat pengecualian cukai pendapatan. 

Pengiktirafan ini telah menjadikan YPIA sangat aktif melaksanakan pelbagai inisiatif seperti penganugerahan dermasiswa, bantuan pengajian IPT, sumbangan pembangunan infrastruktur, sumbangan kebajikan dan pelbagai lagi inisiatif yang membantu melonjakkan pendidikan berkualiti tinggi di Malaysia.

Pada 3 Mac 2019, YPIA sekali lagi menerima pengiktirafan apabila Majlis Agama Islam Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah melantik YPIA sebagai amil zakat harta bagi pihak MAIK. Dengan pelantikan ini, YPIA akan terus mengatur langkah dalam menjayakan visinya demi merealisasikan masa depan pendidikan yang lebih baik untuk rakyat Malaysia yang tercinta ini. 

" Tidak ada hari yang disambut oleh para hamba melainkan di sana ada dua malaikat yang turun, salah satunya berkata:

Ya Allah, berikanlah ganti kepada orang-orang yang berinfaq

Sedangkan Malaikat yang lainnya berkata :

Ya Allah berikanlah kehancuran kepada orang-orang yang menahan (hartanya)

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sumbangan Yayasan Pendidikan Islam Aman

KUTIPAN SASARAN RM 10,000
1%
Jom Menyumbang 1

Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi pegawai kami, Hafidz di talian 011119773299

The form is not published.

Scroll to Top