Pernah kita rasa lemau pada waktu pagi? Kedua-dua mata kita susah nak celik. Rasa malas untuk bangkit dari selimut tebal dan bantal yang empuk.
Mungkin situasi ini pernah terjadi kepada kita. Sebenarnya itulah “ikatan syaitan” yang cuba menghalang kita mengerjakan solat subuh.
Kenapa waktu awal pagi begitu penting dalam Islam? Bilakah waktu yang paling baik untuk sesorang itu memperoleh keberkatan pagi dan sentiasa dalam rahmat Allah SWT?
Dalam Hadis Rasulullah SAW. Baginda berdoa: ” Ya Allah , berkatilah umatku pada
pagi mereka.” (Riwayat at-Tirmizi)
” Baginda SAW mendoakan setiap pekerjaan yang umat baginda lakukan pada pagi hari sama ada perniagaan, pertanian, penternakan, nelayan dan pekerjaan lain agar sentiasa mendapat keberkatan.
Bangun pagi ini adalah rahmat Allah yang Allah memberi peruntukan kepada hambanya untuk mendengar masalah hamba-hamba-NYA.
Di dunia, jika seseorang itu ingin berjumpa dengan raja mahupun pemimpin bukan mudah. Namun untuk kita bermunajat kepada Allah asalkan kita bangun awal pagi.
Mari kita lihat kisah keberkatan pagi yang berlaku pada zaman Nabi Muhammad SAW.
ketika itu, ada pasar yang dimonopoli oleh orang Yahudi. Bangunan pasar berkenaan cantik dan berbumbung, namun sewanya mahal. Para peniaga meletakkan harga barang yang mahal.
“Maka bila Nabi Muhammad SAW datang ke Madinah, baginda mengubah sistem pasar Yahudi itu kerana mendapati ia tidak berkat, selain ada yang menipu dalam jualan. Lalu baginda SAW membangunkan sebuah pasar dikenali sebagai pasar al-Manakhah.
“Baginda tidak membangunkan binaan, sebaliknya ia hanyalah tanah lapang yang kosong dan tidak dikenakan sewaan. Dengan cara itu, orang berebut-rebut dan peniaga beralih ke pasar nabi. Pasar berkenaan tidak menetapkan lot sesiapa. Ini bermakna siapa yang datang awal pagi, dia akan dapat ‘port’ yang paling cantik atau strategik.
“Disebabkan tiada sewa, harga barang agak murah. Pembeli yang juga penduduk Madinah akan datang awal untuk membeli barang di situ. Jika tidak, barang akan habis. Akhirnya, pasar Yahudi tadi jatuh dan rugi,” katanya.
Menerusi kisah berkenaan, kata Imam Muda Hassan, sebenarnya ia sarat dengan hikmah bahawa betapa berkatnya waktu pagi.
“Bukan setakat dapat menghidupkan waktu pagi dengan bermanfaat, tetapi juga peniaga dapat tempat yang strategik dan jualan pula habis selain untung yang banyak.
“Begitu juga dengan pembeli. Siapa yang datang lambat, tidak akan dapat beli barang. Siapa yang datang awal pula dapat membelinya. Itulah hikmah pagi yang membawa berkat,” ujar beliau.
Artikel Penuh :
https://www.sinarharian.com.my/article/51439/LIFESTYLE/Sinar-Islam/Begitu-besarnya-rahmat-apabila-bangun-sebelum-subuh