Projek Biasiswa

Yayasan Pendidikan Islam Aman sangat komited dalam menyediakan bantuan kewangan dalam menggalakkan pendidikan di kalangan pelajar.

Bantuan ini bertujuan untuk :

  1. Meringankan beban para pelajar dan keluarga bagi menjalani persekolahan atau pembelajaran.
  2. Menunjukkan keprihatinan YPIA khususnya kepada kebajikan para pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran.
  3. Melahirkan ikon kepimpinan dalam pelbagai bidang yang akan menjadi sumber rujukan kepada agama dan masyarakat.

Sepanjang penubuhan YPIA, hampir 100 orang pelajar yang telah mendapat manfaat dermasiswa YPIA. Antara para pelajar tajaan YPIA yang mendapat manfaat adalah :

Pelajar Ma'ahad Tahfiz Aman

Pelajar Sekolah Menengah Islam Aman

Pelajar IPT

Projek Pembangunan & Infrastruktur

Yayasan Pendidikan Islam Aman juga telah berjaya melaksanakan beberapa projek pembangunan dan infrastruktur  di bawah institusi pendidikan Aman, antara projek pembangunan dan infrastruktur adalah : 

 

Projek Sistem Kumbahan di Kompleks Pendidikan Islam Binjai

Projek Surau Kompleks Pendidikan Islam Binjai

Projek Kompleks Sekolah Menengah Islam Aman