♦ Bekerjasama dengan sekolah, syarikat, institusi, dan NGO untuk program kutipan derma, zakat, dan projek sumbangan.
♦ YPIA bersedia untuk berkolaborasi dengan mana-mana pihak yang mempunyai matlamat serta kecenderungan yang sama.
Sumbangan ι Amil
ι Waad Zakat
♦ Yayasan Pendidikan Islam Aman (YPIA) merupakan Amil Zakat Harta lantikan MAIK.
♦ YPIA memenuhi syarat sebagai asnaf fi sabilillah untuk menerima zakat daripada pembayar zakat kepada MAIK.
♦ Setiap sumbangan kepada YPIA layak mendapat resit pengecualian cukai LHDN.
PENGAGIHAN DANA
TABUNG PENDIDIKAN (DERMASISWA)
♦ DERMASISWA YPIA telah memberi manfaat kepada lebih daripada 200 pelajar daripada pelbagai peringkat.
♦ Meliputi bayaran yuran pengajian, kos sara hidup, bantuan buku dan peralatan pembelajaran dari tahap rendah hingga pendidikan tinggi.
♦ YPIA turut memantau perkembangan pendidikan pelajar tajaan.
SUMBANGAN UMUM (BAKUL KASIH)
♦ Inisiatif sokongan melalui agihan Pek Makanan Asas Bakul Kasih melibatkan golongan sasaran: > Ibu Tunggal > Saudara Baru > Fakir > Golongan yang memerlukan
♦ Sumbangan Back to school.
♦ Sumbangan kepada institusi kebajikan seperti Hidayah Centre, Raudah Sakeenah Kelantan, program-program dan lain-lain.
PEMBANGUNAN INSTITUSI PENDIDIKAN
♦ Jutaan ringgit telah disalurkan kepada sekolah-sekolah dan institusi pendidikan.
♦ Dana ini digunakan untuk pembangunan infrastruktur institusi pendidikan seperti bangunan akademik, dewan, pagar sekolah dan fasiliti pendidikan lain.
iLearn EduHub
♦ iLearnEduHub merupakan sebuah pusat pengembangan pembelajaran yang diasaskan di bawah inisiatif Yayasan Pendidikan Islam Aman (YPIA), dengan matlamat melahirkan generasi pelajar yang cemerlang dari segi akademik, berakhlak mulia serta memiliki nilai tambah yang tinggi.
IQRA BOOKSTORE
♦ lqra Bookstore adalah hub koleksi buku-buku yang bermanfaat meliputi ilmu dakwah, tarbiah, siasah dan pelbagai lagi genre. Bertepatan dengan moto lqra Bookstore iaitu wadah ilmu anda, kami amat menititkberatkan budaya membaca di kalangan masyarakat.