INFAQ DANA RAMADHAN & IFTAR RM 10,000 DIPERLUKAN BAGI PELAJAR AGAMA & TAHFIZ
Dengan kehadiran Ramadhan yang mulia pihak Yayasan Pendidikan Islam Aman telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan Tabung Imarah Ramadhan & Iftar Untuk Pelajar Agama & Tahfiz.
Yayasan Pendidikan Islam Aman (YPIA) Yayasan Pendidikan Islam Aman (YPIA) telah diperbadankan pada 27 September 2003 dengan visi untuk menjadi yayasan terulung yang memperjuangkan perkembangan pendidikan berkualiti sejajar dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan.
YPIA sangat aktif melaksanakan pelbagai inisiatif seperti penganugerahan dermasiswa, bantuan pengajian IPT, sumbangan pembangunan infrastruktur, sumbangan kebajikan dan pelbagai lagi inisiatif yang membantu melonjakkan pendidikan berkualiti tinggi di Malaysia.
Oleh itu, kami amat memerlukan sumbangan tuan & cikpuan untuk menyuburkan lagi pendidikan Islam di muka bumi ini. Kami berada di negeri Kelantan dengan 5 orang kekuatan kakitangan tetap yang amat komited dan berdedikasi. Ibu pejabat Yayasan Pendidikan Islam Aman terletak di Telipot, Kota Bharu, Kelantan.
LATAR BELAKANG TABUNG INFAQ RAMADHAN & IFTAR PELAJAR AGAMA & TAHFIZ
Sejak tertubuhnya pada tahun 2003, Yayasan Pendidikan Islam Aman sangat aktif membantu pelbagai lapisan golongan masyarakat yang terdiri daripada orang tua, asnaf, anak yatim & pendidik.
Oleh itu, dengan Tabung Imarah Ramadhan & Iftar ini dapat membantu sedikit sebanyak golongan sasaran kami dengan tujuan :
Meringankan beban pelajar-pelajar agama & tahfiz serta pendidik yang tidak berkemampuan untuk meneruskan pembelajaran mereka di sekolah
Menyediakan juadah iftar dan keperluan asasi untuk pelajar-pelajar agama & tahfiz sepanjang bulan Ramadhan.
Membantu meringankan institusi – institusi agama & tahfiz yang mengalami infrastruktur yang uzur dengan menyediakan keperluan fasiliti pembelajaran bagi anak-anak.
Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW, bersabda: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya”. (HR Muslim)
InsyaAllah dengan bantuan anda semua, pihak YPIA akan terus menyebarkan kebaikkan dan membantu seberapa ramai yang memerlukan bantuan bagi meneruskan kehidupan dan pembelajaran mereka.
Jazakallahu khairan khatira kepada penyumbang, moga Allah membalas segala kebaikkan tuan – puan dengan sebaikknya. InsyaAllah menjadi saksi dan asbab untuk kita dan keluarga kita dapat dimasukkan ke SYURGA di akhirat kelak! Ameen. Ameen.
The form is not published.
Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi pegawai kami, Amiru di talian 010 800 5091