download

Sedekah Tidak Akan Membuatmu Jatuh Miskin

Pengenalan Yayasan Pendidikan Islam Aman

Yayasan Pendidikan Islam Aman (YPIA) telah diperbadankan pada 27 September 2003 dengan visi untuk menjadi yayasan terulung yang memperjuangkan perkembangan pendidikan berkualiti sejajar dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

YPIA sangat aktif melaksanakan pelbagai inisiatif seperti penganugerahan dermasiswa, bantuan pengajian IPT, sumbangan pembangunan infrastruktur, sumbangan kebajikan dan pelbagai lagi inisiatif yang membantu melonjakkan pendidikan berkualiti tinggi di Malaysia.

Fokus Utama Kami adalah :

  • Membantu masyarakat secara amnya dari sudut pendidikan dan kebajikan untuk golongan yang memerlukan.
  • Membantu anak-anak yang kurang berkemampuan mendapat pendidikan yang sempurna dan berkualiti.
  •  Membantu pengumpulan dana untuk usaha-usaha pendidikan Islam khususnya dari sudut penyediaan fasiliti yang baik.
  • Membantu pengoperasian untuk kerja-kerja usaha pendidikan islam di peringkat pengurusan.
  • Tajaan keperluan “Kembali Ke Sekolah” untuk anak-anak meneruskan persekolahan.

Kami berada di negeri Kelantan dengan 5 orang  kekuatan kakitangan tetap yang amat komited dan berdedikasi. Ibu pejabat Yayasan Pendidikan Islam Aman terletak di Telipot, Kota Bharu, Kelantan.

Latar Belakang Tabung
Umum YPIA

Saban hari isu covid-19 semakin membimbangkan. Wabak yang melanda seluruh dunia ini bukan sahaja memberi kesan dari sudut kesihatan sahaja malahan melibatkan keseluruhan aspek kehidupan manusia seperti kewangan, pendidikan dan kelangsungan hidup.

Ramai di kalangan kita yang dahulunya mempunyai pekerjaan tetap dan kewangan yang baik namun selepas covid-19, semuanya musnah termasuklah anak-anak yang memerlukan pendidikan sempurna namun dek kerana wabak, terpaksa diberhentikan sekolah kerana tidak mempunyai kecukupan wang untuk menampung persekolahan.

Oleh itu YPIA mengambil inisiatif untuk membantu golongan anak-anak pelajar yang terkesan seperti golongan anak-anak yatim, anak fakir miskin, anak asnaf untuk mereka meneruskan pembelajaran mereka seperti sediakala.

Selain itu, kami juga membantu masyarakat dengan pelbagai latar belakang untuk meneruskan kehidupan seharian mereka.Kami hulurkan bantuan seperti bantuan pek makanan, bantuan barang-barang keperluan dan pakaian.

Dari sudut pengumpulan dana bagi tujuan pembangunan infrastruktur pula, YPIA bergiat aktif membantu sekolah-sekolah Islam untuk membangunkan kemudahan di sekolah-sekolah tersebut. Antara projek pembangunan infrastruktur yang kami telah bantu adalah melibatkan pembinaan dewan sekolah serta masjid, pemasangan sistem pemadam kebakaran dan pembinaan sistem kumbahan.

Insha Allah, tabung umum YPIA ini akan merancakkan lagi penyaluran bantuan daripada umat islam kepada umat islam yang lain. Moga sumbangan tuan dan cikpuan menjadi asbab kepada perkembangan Addinul Islam. Ameen.

Sabda Rasulullah SAW

Maksudnya: “Sebaik-baik rumah daripada kaum muslimin adalah rumah yang terdapat di dalamnya anak yatim yang dilayan dengan baik. Manakala seburuk-buruk rumah daripada kaum muslimin adalah rumah yang di dalamnya terdapat anak yatim yang disakiti akan dia (anak yatim tersebut)”.

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA

Seramai 100 orang pelajar sudah berjaya dibantu setakat tahun 2021. Bantuan pihak YPIA berikan adalah pembiayaan yuran sekolah, dana makan dan minum pelajar sekolah serta segala keperluan sekolah. Di saat ini kami memerlukan bantuan untuk 8 Orang lagi pelajar yang memerlukan bantuan untuk meneruskan pembelajaran harian mereka.

“ Barangsiapa melepaskan seorang mukmin dari kesusahan hidup di dunia, niscaya Allah akan melepaskan darinya kesusahan di hari kiamat. Barangsiapa yang meringankan penderitaan seorang yang susah, pasti Allah akan meringankan penderitaannya di dunia dan di akhirat . “

( H.R Muslim )

Tajaan Biasiswa & Kurang Berkemampuan

Pembangunan Infrastruktur

Khidmat Sumbangan Beras Pasca Covid-19 dijalankan pada 2 April 2020 kepada masyarakat yang memerlukan sekitar Tunjong, Kg. Tiong, Kg. Padang, Padang Enggang, Pasir Tumboh dan Pasir Hor.

JOM Menyumbang Bersama YPIA

Yayasan Pendidikan Islam Aman ingin mengajak umat Islam untuk menyuburkan amalan sedekah sebagai sebahagian daripada kehidupan. Segala amal kebajikan yang dilakukan pasti akan dibalas oleh Allah SWT sebagaimana firmanNYA yang menyebut : 

Dan (ingatlah) apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya di sisi Allah sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya.” (Surah Al-Muzzammil: 20)”

KUTIPAN SASARAN RM 10,000
1%
Jom Menyumbang 1

Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi pegawai kami, Hafidz di talian
010 800 5091

The form is not published.

Scroll to Top