Cara Bayaran 01 : Membayar di Kaunter Zakat Pejabat YPIA
Cara Bayaran 02 : Membayar melalui Skim Potongan Gaji
Cara Bayaran 03 : Membayar zakat melalui atas talian (online)
Ya, pembayaran zakat boleh dibuat kepada YPIA walaupun bekerja di luar Negeri Kelantan.
Pembayaran zakat melalui skim potongan gaji di YPIA:-
o Prosedur Bayaran
Pembayar hendaklah mengisi borang bayaran zakat melalui potongan gaji yang disediakan oleh YPIA
YPIA akan berurusan dengan pejabat MAIK untuk pelaksanaan potongan gaji.
Setelah maik menerima bayaran melalui skim potongan gaji, MAIK akan mengeluarkan penyata bayaran zakat kepada para pembayar secara tahunan.
Permohonan untuk mendapatkan bayaran zakat tahunan boleh menerusi talian kami di
0111-5336 6226
Terdapat dua garis panduan mengira zakat pendapatan sama ada:
i. 2.5% atas jumlah pendapatan kasar setahun (jika pendapatan tersebut melebihi nisab) atau;
ii. Membayar zakat setelah menolak perbelanjaan asas yang dibenarkan(berdasarkan perbelanjaan Dharuriat).
Sebahagian zakat dapat disalurkan terus kepada golongan asnaf.
Setiap amaun zakat bernilai RM 1000 dan ke atas, yuran pengajian (bulanan) akan diberikan pengurangan 10% daripada jumlah tersebut.