logo 1

Bagi orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi 100 Biji. Dan Ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakinya, dan Allah Maha Luas (Rahmat) kurnianya, lagi meliputi ilmu pengetahuannya. - [Al-Baqarah ayat 261].

"Tidak ada satu subuh-pun yang dialami hamba-hamba Allah kecuali turun kepada mereka dua malaikat. Salah satu di antara keduanya berdoa: “Ya Allah, berilah ganti bagi orang yang berinfaq”, sedangkan yang satu lagi berdo’a “Ya Allah, berilah kerusakan bagi orang yang menahan (hartanya)”

Assalamualaikum Tuan & Cikpuan yang dirahmati Allah

Yayasan Pendidikan Islam Aman (YPIA) telah diperbadankan pada 27 September 2003 dengan visi untuk menjadi yayasan terulung yang memperjuangkan perkembangan pendidikan berkualiti sejajar dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

YPIA sangat aktif melaksanakan pelbagai inisiatif seperti penganugerahan dermasiswa, bantuan pengajian IPT, sumbangan pembangunan infrastruktur, sumbangan kebajikan dan pelbagai lagi inisiatif yang membantu melonjakkan pendidikan berkualiti tinggi di Malaysia.

Oleh itu, kami amat memerlukan sumbangan tuan & cikpuan untuk menyuburkan lagi pendidikan Islam di muka bumi ini.

Kami berada di negeri Kelantan dengan 5 orang  kekuatan kakitangan tetap yang amat komited dan berdedikasi. Ibu pejabat Yayasan Pendidikan Islam Aman terletak di Telipot, Kota Bharu, Kelantan.

DSC_0508-removebg-preview-modified

Pengurus Besar,

Yayasan Pendidikan Islam Aman

Latar Belakang Sumbangan
Bakul Kasih & Infaq Pek Makanan

Bakul Kasih ini bermula pada tahun 2022 merupakan salah satu inisiatif  Yayasan Pendidikan Islam Aman untuk meneruskan agenda usaha-usaha kebajikan di sekitar Kelantan terutama pada era pasca covid dan inflasi ekonomi yang tidak menentu.

Bantuan Bakul Rahmah untuk keluarga asnaf yang terdiri dari ibu tunggal, anak yatim dan miskin. Jom bantu kami realisasikan kempen ini dan ringankan beban mereka yang memerlukan.

Hampir setiap bulan Yayasan Pendidikan Islam Aman memperuntukkan sumbangan bantuan kepada 10-15 keluarga susah yang terdiri daripada asnaf, ibu tunggal, orang miskin dan anak yatim.

Melalui tabung ini, sasaran kami adalah sebanyak RM15,000 untuk membantu seberapa ramai keluarga yang berada dalam kesusahan. Dana ini diagihkan kepada golongan sasaran yang meliputi daerah-daerah sekitar Kelantan secara berperingkat. Antara daerah-daerah yang sudah kami santuni melibatkan daerah Bachok, Pengkalan Chepa dan Pasir Mas. Keluarga-keluarga ini amat memerlukan bantuan daripada anda semua dalam menjalani kehidupan seharian mereka.

Pihak kami amat berharap orang ramai dapat membantu kami untuk menghulurkan bantuan seikhlas hati terutamanya dalam bantuan keperluan asas dan sedikit wang tunai. InsyaAllah sumbangan daripada anda semua akan diagihkan kepada keluarga-keluarga yang susah dan memerlukan bantuan ketika ini.

JOM Menyumbang Bersama YPIA

Yayasan Pendidikan Islam Aman ingin mengajak umat Islam untuk menyuburkan amalan sedekah sebagai sebahagian daripada kehidupan. Segala amal kebajikan yang dilakukan pasti akan dibalas oleh Allah SWT sebagaimana firmanNYA yang menyebut : 

Dan (ingatlah) apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya di sisi Allah sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya.” (Surah Al-Muzzammil: 20)”

INFAQ PEK MAKANAN

RM7,122 of RM15,000 raised
RM
Personal Info

Donation Total: RM100.00

Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi pegawai kami, Amiru di talian
010 800 5091

Scroll to Top